REZEKI
melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah
lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun
untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan
kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin
keberkatan hidup yang sejati.
Ini
membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki
yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah
berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya
tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang
dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)
Kita
sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan
kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan
digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan
kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang
baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang
nyata.
Rezeki
yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga
dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya
dengan mengerjakan solat duha.
Solat
Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan
rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi
nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya
memasuki syurga.
Hal
ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat
kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat
Dhuha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.
Kekasihku
Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan,
mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat
Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Pun
begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata
mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang
pasti, solat dhuha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan
dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran
itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan
duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu
kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment